Waspada kelincahan penyerang Singapura 

Waspada kelincahan penyerang Singapura 

Ilhan Fandi (tengah) beraksi mewakili Singapura menentang Korea Selatan dalam Kelayakan Piala Dunia 2026 di Seoul. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Harimau Malaya perlu berwaspada dengan kelincahan penyerang Singapura, Ilhan Fandi yang dianggap mampu mengecewakan Malaysia dalam pertembungan dalam aksi terakhir Kumpulan A Piala ASEAN FIFA 2026, malam ini.

Pemain berusia 23 tahun itu sudah mempunyai memori manis ketika berdepan Malaysia apabila menjaringkan gol dalam kekalahan 1-2 Singapura kepada Harimau Malaya pada perlawanan persahabatan antarabangsa pada 4 September 2025.

Kini, Ilhan kembali berdepan Malaysia dalam perlawanan yang jauh lebih penting apabila Singapura perlu meraih kemenangan di Stadium Si Jalak Harupat di Bandung, Indonesia untuk membuka peluang mara ke pusingan seterusnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ilhan mengakui pertemuan dengan Malaysia mempunyai makna tersendiri buat Singapura dan menyifatkannya sebagai antara perlawanan terbesar dalam kalendar bola sepak negara itu.

“Ya, sudah tentu. Setiap kali kami menentang Malaysia, kami sentiasa menganggapnya sebagai derbi, bukan? Berdepan mereka sentiasa menjadi perlawanan besar.

“Tetapi perkara utama adalah saya perlu mengutamakan kepentingan dan harapan pasukan. Jika saya menjaringkan gol dan pasukan mara, sudah tentu saya gembira.

“Namun, jika saya tidak menjaringkan gol dan kami tetap layak, saya juga akan sama gembira,” kata Ilhan menjelang aksi menentang Malaysia, malam ini.

Untuk rekod, Ilhan belum menemui sasaran dalam kempen Piala ASEAN FIFA dan mengakui dirinya berharap detik itu hadir secepat mungkin.

“Saya sentiasa percaya segala-galanya berlaku dengan sebab tertentu dan saya meletakkan kepercayaan kepada Allah. Insya-Allah, gol itu akan datang tidak lama lagi. Saya berharap dapat menjaringkannya secepat mungkin,” tambahnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×