Jangan pandang rendah Singapura - Cools

Jangan pandang rendah Singapura – Cools

Dion Cools tetap menganggap Singapura lawan yang tidak boleh dipandang rendah dalam pertemuan Piala ASEAN FIFA 2026 di Bandung, malam ini. - IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Harimau Malaya tidak boleh memandang rendah cabaran Singapura walaupun Malaysia berada di kedudukan lebih baik dalam carta Kumpulan A Piala ASEAN FIFA ketika ini.

Misi Harimau Malaya ke final Piala ASEAN FIFA 2026 kini memasuki fasa penentuan apabila Singapura menanti dalam aksi terakhir Kumpulan A di Stadium Si Jalak Harupat, Bandung, malam ini.

Kapten negara, Dion Cools berkata, skuad negara perlu menghormati lawan tetapi dalam masa sama terus percaya kepada kemampuan sendiri serta memanfaatkan kekuatan yang dimiliki untuk memburu kemenangan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Atas kertas, sudah tentu itu adalah idea kami, tetapi kami tahu Singapura adalah lawan yang sangat sukar, jadi kami perlu sangat menghormati mereka tetapi pada masa sama kami perlu terus menggunakan kekuatan sendiri.

“Kami perlu mendapatkan sedikit keyakinan daripada perlawanan ini dan teruskan usaha. Harapnya dalam perlawanan seterusnya kami boleh menjaringkan beberapa gol dan memastikan tempat ke final,” katanya.

Malaysia kini berada di tangga teratas Kumpulan A dengan empat mata, berkongsi jumlah sama dengan Indonesia di tempat kedua tetapi mendahului berdasarkan perbezaan gol.

Sementara itu, Singapura mengumpul tiga mata dan turut mengintai peluang untuk melakar kejutan ke atas Malaysia bagi membuka peluang ke pentas final, manakala Bangladesh masih tercorot tanpa mata.

Dengan hanya satu perlawanan berbaki, perebutan tempat ke final masih terbuka apabila juara kumpulan akan mara ke perlawanan akhir yang akan berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno.

Naib juara setiap kumpulan pula akan beraksi dalam penentuan tempat ketiga di stadium yang sama dengan kedua-dua perlawanan berlangsung pada Isnin ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×