Albon lepas hukuman FIA 

Albon lepas hukuman FIA 

Alex Albon
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Pemandu Williams, Alex Albon terlepas daripada hukuman selepas Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) memutuskan tiada pelanggaran dilakukan susulan insiden bersama Oscar Piastri di laluan masuk pit pada Grand Prix Bahrain di Sepang, kelmarin.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pelumba McLaren, Piastri terpaksa mengambil tindakan mengelak selepas Albon memperlahankan jenteranya secara mengejut ketika menghampiri laluan masuk pit.

Albon kemudian disiasat steward FIA atas dakwaan memandu secara tidak menentu, namun pelumba berusia 30 tahun itu menjelaskan tindakannya berpunca daripada usaha untuk mematuhi masa delta yang ditetapkan.

Steward FIA selepas meneliti rakaman video, rakaman dalam kereta dan data telemetri memutuskan tiada tindakan lanjut diambil terhadap Albon.

“Ketika menghampiri laluan masuk pit, Albon mengurangkan kelajuannya menyebabkan Piastri yang berada rapat di belakang terpaksa membrek dan mengambil tindakan mengelak. Tiada perlanggaran atau sentuhan berlaku.

“Albon menjelaskan bahawa sebelum memasuki laluan pit, dia menyedari berada di bawah masa delta yang ditetapkan dan mengurangkan kelajuan bagi mematuhi keperluan berkenaan.

“Walaupun situasi itu memerlukan tindak balas ketara daripada Piastri dan berpotensi menjadi keadaan berbahaya, steward berpuas hati bahawa tindakan ALB dilakukan bagi mematuhi keperluan masa delta,” menurut kenyataan steward FIA.

Albon turut mengakui sebelum dipanggil menghadap steward bahawa dia berada dalam keadaan ‘hampir tidak melepasi had’ masa delta ketika insiden itu berlaku.

“Saya terpaksa membrek, jika tidak saya akan melepasi masa delta minimum. Kami berada rapat antara satu sama lain dan saya hampir tidak melepasi had ketika melintasi garisan,” katanya.

Dalam perlumbaan tersebut, Piastri menamatkan saingan di tempat keenam manakala Albon gagal menghabiskan perlumbaan selepas mengalami masalah kotak gear pada penghujung saingan. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN