Sze Fei-Izzuddin jumpa Hoki-Kobayashi di pusingan kedua

Sze Fei-Izzuddin jumpa Hoki-Kobayashi di pusingan kedua

PEMAIN Beregu lelaki negara, Goh Sze Fei (tengah) bersama Nur Izzuddin Mohd Rumsani bakal berdepan pasangan ke-16 dunia, Chiu Hsiang Chieh-Wang Chi Lin dari Taiwan seawal peringkat 32 terbaik. .-IHSAN MSN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beregu lelaki No. 6 dunia, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani meneruskan kemaraan ke pusingan kedua selepas menewaskan wakil Taiwan, Chiu Hsiang Chieh-Wang Chi Lin pada peringkat 32 terbaik Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 di Aichi, Jepun, hari ini.

Pasangan profesional itu melakar kemenangan straight set ke atas beregu No. 16 dunia tersebut 21-17, 21-14 dalam masa 33 minit di Gimnasium Perbandaran Bandar Ichinomiya.

Pada pusingan kedua, esok, Sze Fei-Izzuddin yang menjadi harapan pingat buat Kontinjen Malaysia akan berdepan gandingan handalan tuan rumah, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi yang merupakan beregu No. 9 dunia.

Memuatkan artikel berkaitan…

Berdasarkan rekod pertemuan, kedua-dua beregu terikat dengan kedudukan 3-3, namun, Sze Fei-Izzuddin memiliki kelebihan psikologi selepas menang ke atas Hoki-Kobayashi pada Terbuka Perancis, tahun lalu.

Bagaimanapun, pencapaian tahun lepas tidak boleh dijadikan sebagai kayu pengukur kekuatan sesama beregu Jepun itu dan Sze Fei-Izzuddin tidak mempunyai pilihan menewaskan mereka, esok jika berhajat melayakkan diri ke suku akhir.

Sementara itu, penampilan sulung beregu remaja negara, Low Zi Yu-Noraqilah Maisarah Ramdan terhenti seawal pusingan pertama setelah mereka tewas kepada pasangan No. 12 dunia, Hsu Yin Hui-Lin Jhih Yun dari Taiwan 10-21, 13-21 dalam masa 28 minit. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×