Rashford jadi senjata rahsia United

Rashford jadi senjata rahsia United

Marcus Rashford dijangka membarisi kesebelasan Manchester United menentang Manchester City malam ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Kreativiti Marcus Rashford dijangka dimanfaatkan oleh pengendali Manchester United, Michael Carrick ketika berdepan Manchester City, malam ini.

Penyerang England itu berkemungkinan membarisi kesebelasan utama menentang City pada aksi Liga Perdana Inggeris selepas direhatkan dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah.

Dalam aksi di pentas Eropah, The Red Devils kembali ke landasan kemenangan selepas menewaskan pendatang baharu dari Azerbaijan, Sabah 4-0.

Rashford berada di bangku simpanan selepas pulih daripada kecederaan otot ringan ketika menentang Everton, namun pemain England itu tidak diturunkan dalam kemenangan berkenaan.

Carrick memberi lebih banyak minit permainan kepada seorang lagi penyerang, Benjamin Sesko supaya bintang Slovenia itu dapat mencapai tahap kecergasan terbaik musim ini.

“Sedikit sebanyak, ya, dan kami juga cuba berkongsi beban permainan mengikut keadaan. Kami mempunyai pilihan yang baik, jadi kami cuba memastikan semua pemain kekal segar.

“Rashford akan digunakan pada Waktu sesuai, tetapi pada masa sama Sesko boleh mendapat minit permainan yang baik menentang Sabah dan membantunya mendapatkan rentak.

“Sentiasa ada sedikit cabaran untuk memastikan perkara itu dilakukan dengan betul, tetapi bagus untuk memastikan Rashford kekal segar dan bersedia untuk hujung minggu ini,” kata Carrick.

Rashford sudah menjaringkan tujuh gol dalam 23 penampilan menentang City, namun rekod terbarunya amat memberangsangkan apabila dia menjaringkan gol dalam tiga daripada empat aksi liga terakhir sebagai pemain utama.

Matheus Cunha beraksi di sayap kiri ketika menentang Sabah, manakala Sesko mengetuai jentera serangan, namun berdasarkan kenyataan Carrick, Sesko berkemungkinan kembali ke bangku simpanan. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×