Kerja pasukan mampu perangkap Indonesia

Kerja pasukan mampu perangkap Indonesia

Bergson Da Silva menjaringkan gol pertamanya bersama Harimau Malaya ketika menentang Bangladesh baru-baru ini. - IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Penyerang naturalisasi Harimau Malaya, Bergson Da Silva mengakui skuad negara tidak datang ke sini semata-mata untuk tunduk kepada tekanan pasukan tuan rumah.

Pemain berusia 35 tahun itu percaya kerjasama berpasukan yang diterap pengendali negara, Tan Cheng Hoe mampu memerangkap lawan dalam aksi kedua Piala ASEAN FIFA 2026, malam ini.

“Setiap perlawanan pasti sukar seperti yang saya katakan sebelum ini. Kami tahu kekuatan Indonesia dan mereka bermain di tempat sendiri dalam pertandingan ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tetapi sebagai rakyat Malaysia, kami perlu fokus kepada setiap peluang yang ada ketika menentang mereka,” kata pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu menjelang aksi menentang Indonesia, malam ini.

Bergson yang meledak gol pertama dalam kemenangan 3-0 ke atas Bangladesh mengakui menentang Indonesia menuntut tahap motivasi berbeza berbanding perlawanan pembukaan.

Namun, dia percaya Harimau Malaya mampu memberikan tentangan sekiranya semua pemain mengetepikan kepentingan individu dan bergerak sebagai satu pasukan.

“Saya fikir motivasinya berbeza. Jika kita mengumpulkan semua kekuatan bersama, kita mampu mencapai apa yang kita mahukan dan itu adalah mentaliti kami.

“Kami tidak takut kepada sesiapa dan akan terus mara untuk mencapai apa yang kami mahukan. Sebab itu kami datang ke Jakarta untuk bermain dalam perlawanan seperti ini,” katanya.

Bagi Bergson, jaringan pada penampilan pertama bukan sekadar mencatat namanya dalam senarai penjaring, malah memberikan suntikan keyakinan sebelum mengharungi cabaran lebih besar bersama Harimau Malaya.

Kemenangan 3-0 ke atas Bangladesh memberi Harimau Malaya permulaan sempurna, manakala Indonesia turut membuka kempen dengan kemenangan 2-0 ke atas Singapura, sekali gus menyaksikan kedua-dua pasukan memburu kemenangan kedua. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×