Pengalaman final AFF 2018 pembakar semangat Harimau Malaya

Pengalaman final AFF 2018 pembakar semangat Harimau Malaya

Tan Cheng Hoe
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kejayaan ketua jurulatih interim Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe membawa skuad negara melangkah ke pentas final Piala AFF 2018 mampu menjadi pembakar semangat buat pasukan untuk mengulangi pencapaian sama pada edisi kali ini.

Namun, Cheng Hoe sedar cabaran yang menanti bukan mudah apabila setiap pasukan yang bakal dihadapi hadir dengan kekuatan serta persiapan tersendiri.

Justeru, pengendali berusia 58 tahun itu memilih pendekatan berhati-hati dengan memberi tumpuan kepada setiap perlawanan secara berperingkat.

Menurut Cheng Hoe, skuad negara tidak boleh terlalu ghairah mengejar kemenangan tanpa mengambil kira aspek kecergasan pemain serta risiko kecederaan yang boleh menjejaskan perjalanan pasukan dalam kejohanan.

“Sasaran bagi saya sebagai jurulatih, kami sentiasa fokus satu perlawanan ke satu perlawanan. Kita tidak boleh terburu-buru untuk terus dapatkan kemenangan.

“Kita akan pantau dari setiap perlawanan. Yang penting adalah tahap kecergasan setiap perlawanan dan mengelakkan kecederaan serius kerana kami barisan jurulatih bertanggungjawab atas kecederaan setiap pemain.

“Dalam bola sepak kita tahu kecederaan boleh berlaku di mana-mana,” katanya.

Malaysia akan memulakan kempen Kumpulan B Piala Hyundai ASEAN 2026 dengan aksi pembukaan menentang Myanmar di Yangon pada 25 Julai sebelum melayan kunjungan Laos di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada 28 Julai.

Harimau Malaya kemudian bertandang ke Bangkok untuk berdepan Thailand pada 1 Ogos sebelum melengkapkan saingan peringkat kumpulan menentang Filipina di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada 8 Ogos. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN