Ketajaman Haaland mampu ubah keputusan - Odegaard

Ketajaman Haaland mampu ubah keputusan – Odegaard

ERLING Haaland-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

EAST RUTHERFORD: Norway meletakkan harapan tinggi kepada penyerang sensasi, Erling Haaland untuk mengetuai cabaran mereka menentang Brazil dalam aksi pusingan 16 terakhir Piala Dunia 2026, esok, ketika mereka memburu tiket ke suku akhir.

Haaland yang meledak lima gol setakat ini terus menjadi tonggak Norway selepas jaringan lewatnya ketika menentang Ivory Coast menghadiahkan kemenangan bersejarah pertama pasukan itu dalam aksi kalah mati Piala Dunia sejak 28 tahun lalu.

Norway kembali ke pentas Piala Dunia selepas hampir tiga dekad, pernah menewaskan Brazil pada 1998 dan kini berharap sejarah tersebut dapat diulang walaupun penyerang Manchester City itu sendiri mengakui peluang mereka agak tipis.

Ketua jurulatih Norway, Stale Solbakken mengakui Brazil tetap pasukan pilihan, namun menegaskan anak buahnya tidak akan turun sekadar melengkapkan jadual perlawanan.

“Brazil adalah pasukan pilihan, sudah tentu mereka adalah pilihan tetapi kami berharap dapat memberikan saingan dan kami tidak bermain perlawanan ini untuk berseronok, kami bermain untuk menang dan mara ke suku akhir.

“Ia mungkin, tetapi sangat sukar,” kata Solbakken.

Solbakken turut menyifatkan Haaland sebagai antara penyerang terbaik dunia ketika ini selepas meledak 25 gol dalam 13 penampilan antarabangsa terakhirnya.

Dalam pada itu, kapten Norway, Martin Odegaard berkata, kehadiran Haaland memberi keyakinan tinggi kepada pasukan untuk mencipta kejutan ke atas gergasi Amerika Selatan itu.

“Adalah menakjubkan mempunyai dia dalam pasukan, kami bertuah memilikinya dan dia mampu mengubah keputusan perlawanan. Kami hanya perlu memberinya sebanyak mungkin peluang,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN