PETALING JAYA: Pelari pecut kebangsaan, Muhammad Azeem Fahmi mengharumkan nama negara apabila memenangi pingat emas dalam acara 100 meter (m) di Kejohanan Olahraga Bawah 23 (B-23) dekat Ordos, China, semalam.
Azeem menamatkan larian dengan catatan masa 10.17 saat (s) menewaskan atlet Iraq, Falah Hasan Al-Khazaali di tempat kedua (10.21s) manakala gangsa menjadi milik Salah Nur I A Yunis (10.23s).
Seorang lagi wakil negara yang turut beraksi dalam acara itu, Reeve Kua Man Hong sekadar menamatkan saingan di tempat kelima dalam saringan kedua selepas menamatkan larian 10.63s. – UTUSAN










