Impian Timber beraksi di Piala Dunia berkecai

Impian Timber beraksi di Piala Dunia berkecai

JURRIEN Timber digugurkan skuad Belanda selepas berdepan kecederaan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Jurrien Timber kecewa apabila impiannya untuk beraksi di Piala Dunia berakhir hanya beberapa hari sebelum perlawanan pertama Belanda.

Bintang Arsenal itu terpaksa menarik diri daripada skuad Belanda selepas gagal pulih sepenuhnya daripada kecederaan pangkal paha.

Timber mengalami kecederaan pada Mac lalu dan terlepas aksi selama 10 minggu sebelum kembali beraksi sebagai pemain gantian pada aksi final Liga Juara-Juara berdepan Paris Saint-Germain (PSG), bulan lalu.

Namun, Persatuan Bolasepak Belanda (KNVB) mengesahkan Timber belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan itu dan akhirnya terpaksa digugurkan daripada skuad 26 pemain kendalian Ronald Koeman.

“Mewakili negara saya di pentas terbesar dunia adalah sesuatu yang sentiasa saya impikan dan sukar untuk menerima hakikat bahawa kecederaan merampas peluang itu daripada saya.

“Walaupun ini bukan jalan yang saya harapkan, saya percaya Tuhan mempunyai perancangan yang lebih besar daripada apa yang saya mampu lihat ketika ini.

“Saya mendoakan yang terbaik buat rakan-rakan sepasukan. Banggakan negara kita,” kata Timber di media sosialnya.

Walaupun beraksi selama 50 minit dalam final Liga Juara-Juara bersama Arsenal, Timber tidak diturunkan dalam kedua-dua perlawanan persahabatan Belanda menjelang Piala Dunia.

KNVB menjelaskan bahawa Timber tidak dapat menyertai kejohanan itu atas faktor ‘perubatan’.

Tempat Timber dalam skuad Belanda kini digantikan oleh pertahanan Sunderland, Lutsharel Geertruida.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN