Donis pertahan anak-anak buah

Donis pertahan anak-anak buah

Georgios Donis
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ATLANTA: Jurulatih Arab Saudi, Georgios Donis menegaskan dia masih berbangga dengan prestasi anak buahnya walaupun skuad itu diaibkan 4-0 oleh Sepanyol dalam aksi Kumpulan H Piala Dunia 2026 di Stadium Mercedes-Benz, semalam.

Menurut Donis, dia enggan hilang kepercayaan terhadap pemainnya sebaliknya meminta semua pihak agar lebih realistik dalam menilai kekalahan besar tersebut.

Skuad The Green Falcons itu ketinggalan 3-0 dalam tempoh 24 minit pertama apabila Lamine Yamal meledak gol pertama sebelum Mikel Oyarzabal menjaringkan dua gol pantas.

Gol sendiri oleh Hassan Al-Tambakti pada separuh masa kedua menambahkan lagi penderitaan Arab Saudi.

“Saya bangga dengan segala yang dilakukan oleh para pemain setiap hari. Saya tidak akan hilang rasa bangga terhadap mereka hanya kerana satu keputusan yang buruk.

“Saya pernah melihat perlawanan Piala Dunia berakhir dengan keputusan 5-1 dan 6-0. Kami berada di sini untuk menerima kritikan, tetapi saya juga mengharapkan mereka yang mengkritik kami supaya bersikap realistik,” katanya.

Sebelum ini, Arab Saudi mencuri perhatian apabila mengikat Uruguay 1-1 dalam perlawanan pertama kumpulan, namun kekalahan besar kepada Sepanyol menimbulkan persoalan terhadap kemampuan sebenar skuad tersebut.

Arab Saudi kini akan berdepan Cape Verde dalam perlawanan terakhir kumpulan dengan harapan meraih kemenangan bagi menghidupkan peluang ke pusingan seterusnya, sesuatu yang tidak dicapai sejak Piala Dunia 1994. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN