Beraksi 10 pemain tidak halang Paraguay lakar kemenangan

Beraksi 10 pemain tidak halang Paraguay lakar kemenangan

MATIAS Galarza menjaringkan gol buat Paraguay pada aksi Piala Dunia 2026-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Santa Clara: Paraguay membuktikan semangat juang tinggi apabila berjaya mempertahankan kelebihan satu gol untuk menewaskan Turkiye 1-0 meskipun terpaksa beraksi dengan 10 pemain, sekali gus menyingkirkan lawan mereka daripada saingan Piala Dunia, sebentar tadi.

Pemain tengah, Matias Galarza muncul wira Paraguay apabila meledak gol terpantas kejohanan setakat ini menerusi rembatan jarak jauh pada minit kedua permainan, tepat selepas 64 saat aksi bermula.

Jaringan awal itu memadam rekod terdahulu yang dipegang pemain Maghribi, Ismael Saibari yang menjaringkan gol pada saat ke-71 ketika membantu pasukannya menewaskan Scotland 1-0 beberapa jam sebelum itu.

Paraguay bagaimanapun berdepan ujian getir apabila Miguel Almiron dilayangkan kad merah secara terus pada masa kecederaan babak pertama selepas didapati melakukan kesalahan terhadap pertahanan Turkiye, Mert Muldur.

Almiron sekali gus menjadi pemain pertama dikenakan tindakan di bawah peraturan baharu Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) yang diperkenalkan pada edisi Piala Dunia kali ini.

Bermain dengan kekurangan seorang pemain sepanjang babak kedua, Paraguay diasak tanpa henti oleh Turkiye yang berusaha keras mencari gol penyamaan.

Namun, benteng pertahanan Paraguay kekal ampuh untuk mempertahankan kelebihan tipis itu sehingga wisel penamat, sekali gus menghadiahkan kemenangan penting buat pasukan berkenaan selepas dibelasah 1-4 oleh Amerika Syarikat dalam aksi pembukaan sebelum ini.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN