Artan kecewa, impian adili Piala Dunia musnah

Artan kecewa, impian adili Piala Dunia musnah

OMAR Artan gagal mendapat Visa untuk masuk ke Amerika Syarikat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Pengadil terkenal Somalia, Omar Artan mengakui dia terlepas kenangan paling besar dalam hidupnya selepas dinafikan kemasukan ke Amerika Syarikat (AS) untuk mengadili perlawanan Piala Dunia.

Omar yang dinobatkan sebagai Pengadil Terbaik Afrika 2025 oleh Konfederasi Bola Sepak Afrika (CAF), digugurkan daripada senarai pegawai perlawanan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) selepas tidak dibenarkan memasuki ke AS sebaik tiba di Miami pada Sabtu lalu.

Somalia adalah antara beberapa negara yang tersenarai dalam larangan perjalanan yang diperkenalkan pentadbiran Presiden Donald Trump sebagai sebahagian daripada tindakan lebih ketat terhadap imigresen.

“Saya sangat kecewa. Saya hanyalah seorang pengadil yang cuba merealisasikan impian saya, impian terbesar dalam hidup saya untuk berada di Piala Dunia,” kata Omar kepada New York Times.

Omar berkata, selepas menjalani sesi soal siasat selama 11 jam oleh pegawai sempadan, dia dibawa ke sebuah sel tahanan khas dan ditahan beberapa jam lagi sebelum dihantar pulang ke Istanbul.

“Saya mempunyai semua dokumen yang diperlukan. Saya mempunyai visa yang sah,” katanya.

FIFA pula menjelaskan badan induk bola sepak dunia itu tidak mempunyai kuasa untuk mempengaruhi keputusan berkenaan kerana urusan visa dan kemasukan ke negara tuan rumah terletak di bawah bidang kuasa kerajaan AS.

“Seperti kejohanan FIFA sebelum ini, kerajaan negara tuan rumah mempunyai kuasa mutlak menentukan siapa yang menerima visa dan dibenarkan memasuki negara mereka,” kata jurucakap FIFA.

Jurucakap Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan Amerika Syarikat (CBP) berkata, Artan dinafikan kemasukan selepas menjalani pemeriksaan rutin.

“Dia menjalani pemeriksaan tambahan, yang juga sebahagian daripada proses biasa CBP apabila pegawai perlu mengesahkan maklumat atau menentukan kelayakan kemasukan.

“Selepas pemeriksaan, dia yang juga pengadil Piala Dunia FIFA, didapati tidak layak memasuki negara ini atas faktor penilaian keselamatan dan kemudiannya dinafikan kemasukan ke AS,” menurut kenyataan itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN