PETALING JAYA: Pengendali Selangor FC, Kim Pan Gon memohon maaf kepada penyokong Gergasi Merah selepas gagal membawa pasukan itu ke pentas Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2), musim depan. Biarpun melakar kemenangan besar 6-0 ke atas PDRM FC dalam aksi terakhir Liga Super di laman sendiri, kelmarin, anak buah Pan Gon gagal memintas Kuching City di tangga kedua liga Super bagi musim 2025/2026. Gergasi Merah menamatkan saingan di tangga ketiga dengan…










