MADRID: Jose Mourinho bersetuju untuk kembali membimbing Real Madrid menerusi kontrak selama dua tahun selepas mengucapkan selamat tinggal kepada kelabnya ketika ini, Benfica.
Mourinho kini muncul calon utama untuk mengambil alih tugas di Santiago Bernabeu selepas Real melalui dua musim berturut-turut tanpa sebarang trofi utama.
Sumber terdekat memaklumkan persetujuan secara lisan sudah dicapai antara kedua-dua pihak, namun kontrak rasmi masih belum ditandatangani.
Benfica dijangka menerima pampasan sekitar 7 juta euro (RM32.41 juta) kerana Mourinho masih mempunyai kontrak bersama kelab Portugal itu sehingga 2027.
Mourinho sebelum ini pernah mengendalikan Real dari 2010 hingga 2013 dan dikenang sebagai individu yang berjaya mencabar dominasi Barcelona.
Sepanjang tempoh berkenaan, Mourinho menghadiahkan satu gelaran La Liga, Copa del Rey dan Piala Super Sepanyol kepad Real.- AGENSI










