Gauff, Svitolina rebut gelaran Terbuka Itali

Gauff, Svitolina rebut gelaran Terbuka Itali

COCO GAUFF mara ke final Terbuka Itali - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROM: Coco Gauff berpeluang menebus kekecewaan musim lalu apabila mara ke final Terbuka Itali buat kali kedua berturut-turut selepas menewaskan Sorana Cirstea 6-4, 6-3, semalam.

Pemain pilihan ketiga dari Amerika Syarikat (AS) itu bakal membuat perhitungan dengan Elina Svitolina yang menyingkirkan juara tiga kali, Iga Swiatek 6-4, 2-6, 6-2 untuk menempah pentas akhir di Rom.

“Saya rasa saya belajar sesuatu daripada setiap perlawanan dan pengalaman itu membantu saya menjadi lebih kuat.

“Perlawanan seperti inilah yang perlu diharungi dan saya sangat bersyukur dapat kembali berada di final,” kata Gauff.

Gauff yang tewas kepada Jasmine Paolini pada final tahun lalu kini dilihat lebih matang selepas berjaya mengharungi tiga aksi sukar sebelum separuh akhir termasuk pertarungan tiga set menentang rakan senegara, Iva Jovic.

Svitolina pula hadir ke final dengan keyakinan tinggi selepas mempamerkan aksi konsisten sepanjang kejohanan termasuk menyingkirkan pemain pilihan kedua, Elena Rybakina di suku akhir.

“Selepas bertahun-tahun, saya gembira dapat kembali beraksi di final Rome,” kata Svitolina.

Svitolina juga dijangka memberi cabaran hebat kepada Gauff selepas memanfaatkan kesilapan mudah Swiatek yang melakukan 50 kesilapan mudah dalam separuh akhir sekali gus membuktikan dia kembali berada pada prestasi terbaik menjelang aksi penentuan gelaran.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN