Duplantis dahagakan rekod dunia

Duplantis dahagakan rekod dunia

Atlet lompat bergalah Sweden, Armand Duplantis mahu pecahkan rekod dunia miliknya di Liga Berlian 2026- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHANGHAI: Jaguh lompat bergalah dunia, Armand Duplantis kembali ke Liga Berlian 2026 di Shanghai/Keqiao hujung minggu ini dengan reputasi selaku atlet paling dominan dalam olahraga dunia ketika ini.

Pemegang rekod dunia dari Sweden itu hadir dengan keyakinan tinggi selepas memperbaharui rekod dunia buat kali ke-15 menerusi lompatan 6.31 meter (m) sekali gus mengukuhkan statusnya sebagai ikon terbesar acara lompat bergalah dunia.

Duplantis yang masih belum tewas sejak 2023 dijangka sekali lagi sukar digugat meskipun bakal menerima tentangan sengit daripada Emmanouil Karalis, Sam Kendricks dan Kurtis Marschall.

Atlet berusia 26 tahun itu turut memberi bayangan mahu memburu satu lagi rekod dunia apabila siri Liga Berlian singgah di Monaco yang kini menjadi lokasi kediamannya.

“Saya rasa rekod dunia baharu perlu dilakukan dan ia pasti luar biasa jika dapat dicapai di Monaco,” kata Armand Duplantis mengenai sasaran besarnya musim ini.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Berlian, Petr Stastny, berkata hampir 100 negara bakal memeriahkan kejohana terbesar olahraga berkenaan.

“Dengan kehadiran atlet dari hampir 100 negara dan sokongan peminat di seluruh dunia, Liga Berlian terus menjadi platform utama olahraga bertaraf dunia.

“Liga ini juga akan terus memperkenalkan inovasi baharu kepada atlet dan peminat sambil memastikan olahraga kekal berkembang secara mampan pada masa depan,” katanya lagi.

Selain Duplantis, aksi pembukaan Liga Berlian musim ini turut dibarisi nama besar seperti Faith Kipyegon, Karsten Warholm, Letsile Tebogo dan Tobi Amusan yang dijangka memeriahkan saingan di China. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN