Arsenal fokus aksi penutup musim

Arsenal fokus aksi penutup musim

MIKEL ARTETA - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pengurus Arsenal, Mikel Arteta mengesahkan Mikel Merino bakal diturunkan beraksi bagi menghadapi Crystal Palace dalam aksi penutup Liga Perdana Inggeris (EPL), hari ini.

Menurut Arteta, pemain tengah Sepanyol itu menunjukkan perkembangan positif dalam proses pemulihan kecederaannya dan telah pun menyertai latihan bersama pasukan.

Begitu pun, Arteta berkata, pemain pertahanan, Jurrien Timber masih memerlukan sedikit masa sebelum kembali cergas sepenuhnya selepas berehat panjang akibat kecederaan.

“Jurrien masih sedikit ketinggalan berbanding Merino ketika ini, namun kami berharap dia juga dapat kembali dalam beberapa hari lagi,” kata Arteta.

Arteta sebelum itu memberi ruang kepada pemain dan staf kejurulatihan menikmati kejayaan menjulang kejuaraan EPL selepas kedudukan Arsenal di puncak liga disahkan secara matematik susulan kegagalan Manchester City menewaskan Bournemouth, Selasa lalu.

“Kami mempunyai 48 jam untuk menikmati kejayaan memenangi liga ini.

“Namun selepas itu, kami perlu kembali fokus dan meningkatkan semula standard serta disiplin pasukan untuk memastikan kami terus bersedia menghadapi cabaran seterusnya,” kata Arteta lagi.

Menurut Arteta, aksi terakhir musim ini juga bakal menjadi detik istimewa buat kelab dan penyokong apabila Arsenal akan meraikan kejayaan mengangkat trofi liga di laman sendiri.

“Pada Ahad nanti (hari ini) kami akan meraikannya dengan penyokong dan mengangkat trofi dengan cara yang sepatutnya.

“Tetapi selepas itu, kami mempunyai enam hari untuk mencipta sejarah baharu di kelab ini,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN