Skuad basikal trek pulang tangan kosong

Skuad basikal trek pulang tangan kosong

Muhammad Ridwan Sahrom mengalami kemalangan di pusingan kedua Piala Dunia Trek di Hong Kong.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketiadaan jaguh berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang nyata memberi kesan besar apabila skuad negara menutup kempen pusingan kedua Piala Dunia Trek di Hong Kong tanpa sebarang pencapaian membanggakan, semalam.

Azizulhasni yang dikenali sebagai The Pocket Rocketman memilih untuk tidak beraksi di Hong Kong bagi memberi fokus terhadap persiapan menghadapi pusingan akhir di Velodrom Nasional Nilai, Negeri Sembilan pada 24 April ini.

Susulan itu, barisan kejurulatihan meletakkan harapan kepada adik-beradik pelumba negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan Muhammad Ridwan Sahrom, namun kedua-duanya gagal menyerlah apabila tersingkir awal dalam acara pecut individu dan keirin.

Shah terlebih dahulu terkandas dalam aksi keirin pada Sabtu sebelum turut gagal dalam kelayakan pecut semalam apabila sekadar menduduki tempat ke-39 daripada 52 pelumba dengan catatan 10.075 saat (s), manakala Ridwan pula terlibat dalam kemalangan pada pusingan repechage keirin sehingga memaksanya menarik diri daripada acara pecut.

Bagaimanapun, ketua jurulatih berbasikal trek negara, Harnizam Basri tetap melihat perkembangan positif yang ditunjukkan Shah Firdaus selepas pulih daripada kecederaan lutut yang menyebabkan beliau berehat hampir lapan bulan.

“Shah Firdaus menunjukkan peningkatan ketara apabila mencatat masa 10.0s berbanding 10.4s pada Piiala Presiden di Nilai sebelum ini, sekali gus membuktikan dia semakin kembali ke prestasi terbaik selepas kecederaan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Dalam pada itu, Harnizam turut meluahkan kekecewaan terhadap prestasi skuad wanita yang dibarisi Nurul Izzah Izzati Mohd Asri dan Nur Alyssa Mohd Farid apabila gagal melangkah jauh selepas tersingkir di pusingan pertama dan tidak berjaya bangkit dalam repechage.

Menurutnya, meskipun prestasi dalam kelayakan 200 meter (m) menunjukkan perkembangan positif, kegagalan menterjemahkan taktikal perlumbaan dalam aksi berpasangan menjadi punca utama keputusan mengecewakan tersebut.

“Untuk 200m saya berpuas hati dengan kedudukan mereka, namun dalam perlumbaan ‘pair’ saya agak kecewa kerana mereka sepatutnya mampu memenangi kedua-dua aksi pusingan pertama.

“Saya tidak pasti apa yang berlaku, tetapi taktikal yang dirancang tidak menjadi dan terdapat sedikit masalah teknikal yang menjejaskan prestasi mereka,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN