Sevilla di ambang penyingkiran, Villarreal kukuh di tempat ketiga

Sevilla di ambang penyingkiran, Villarreal kukuh di tempat ketiga

PEMAIN Villarreal meraikan kemenangan mereka menumpaskan Celta Vigo 2-1 dalam aksi liga, semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BARCELONA: Sevilla semakin menghampiri zon penyingkiran La Liga selepas tumpas 2-1 kepada Osasuna, semalam.

Sevilla yang dibimbing Luis Garcia Plaza mendahului jaringan menerusi Neal Maupay pada minit ke-69 namun Raul Garcia berjaya menyamakan kedudukan sebelum Alejandro Catena meledak gol kemenangan pada masa kecederaan babak kedua.

Juara tujuh kali Liga Europa itu kini berada di tangga ke-18, satu mata di belakang Mallorca di tempat ke-17.

“Saya rasa sebak. Kami perlu terus mara, kami perlu terus berjuang, masih ada lima perlawanan seperti final dan siapa sahaja yang bermain, jika saya, saya akan berikan segalanya untuk kelab ini,” kata pertahanan Sevilla, Gabriel Suazo.

Sementara itu, Elche berjaya mengutip tiga mata berharga selepas menewaskan Real Oviedo 2-1 untuk memperbaiki kedudukan ke tangga ke-13 liga.

Dalam perkembangan lain, Villarreal terus mengukuhkan kedudukan di tempat ketiga selepas menewaskan Celta Vigo 2-1. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN