Pembangunan bola sepak 'bermasalah'?

Pembangunan bola sepak ‘bermasalah’?

AKSI skuad Bawah 16 (B-16) negara ketika berdepan Vietnam dalam aksi pembukaan Kejuaraan B-17 ASEAN, kelmarin- IHSAN PERSATUAN BOLASEPAK MALAYSIA (FAM).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiba masanya untuk semua pakar-pakar bola sepak tempatan duduk semeja mencari masalah dan jalan penyelesaian terbaik bagi membincangkan hala tuju bola sepak negara.

Kekalahan 0-4 skuad Bawah 16 (B-16) negara kepada Vietnam dalam aksi pembukaan Kejuaraan B-17 ASEAN membuktikan pembangunan bola sepak negara tidak konsisten dan bekas jurulatih skuad kebangsaan, Wan Jamak Wan Hassan sendiri terkejut dengan keputusan berkenaan.

Jelasnya, semua sedia maklum, skuad muda negara jarang menunjukkan keputusan negatif di peringkat Asia Tenggara dan Asia, namun pada kejohanan kali ini Malaysia menjadi pasukan belasahan dan alasan menghantar pemain lebih muda di kejohanan itu tidak boleh dijadikan sebagai alasan.

Bekas pengendali skuad kebangsaan itu mengakui prestasi skuad Malaysia B-16 dalam perlawanan tersebut sememangnya membimbangkan tetapi keputusan tersebut tidak boleh dijadikan ukuran mutlak terhadap masa depan pembangunan bola sepak negara.

Beliau berpandangan adalah tidak adil untuk terus melabel pembangunan bola sepak negara sebagai ‘malap’ hanya berdasarkan satu perlawanan di peringkat remaja, selain barisan pengurusan juga tidak boleh menggunakan alasan menghantar pemain lebih muda daripada kejohanan mengakibatkan Malaysia mencatat keputusan sebegini.

“Kalau kita lihat keputusan 0-4 itu memang nampak besar dan memberi gambaran negatif dan saya sendiri terkejut dengan keputusan tersebut kerana selalunya skuad-skuad muda kita tidaklah seteruk ini. Pihak pengurusan juga tidak boleh guna alasan hantar pemain lebih muda punca kita kalah teruk.

“Mungkin juga ada pelbagai faktor lain punca kita kalah antaranya kurang persiapan menjelang kejohanan itu atau sebagainya. Jadi, saya harap dua perlawanan lagi akan ada keputusan positif iaitu lawan Indonesia dan Timor Leste.

“Kita tidak boleh buat kesimpulan bahawa pembangunan bola sepak kita gagal berdasarkan keputusan ini, tapi jelas ada kekurangan dan masalah yang perlu kita perbaiki segera.

“Mungkin tiba masa, semua pakar-pakar bola sepak dan sukan tempatan, duduk semeja mencari punca masalah dan fikir jalan penyelesaian, yang mungkin sebelum ini semua keputusan hanya dibuat orang seorang sahaja,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Gelora Joko Samudro itu, skuad negara dilihat sukar menyaingi corak permainan tersusun Vietnam B-17 yang lebih dominan dari awal hingga akhir perlawanan, menyaksikan Malaysia dibelasah.

Mengulas mengenai perlawanan itu, Wan Jamak berpendapat mungkin jurang daripada segi intensiti permainan, disiplin taktikal dan keupayaan membuat keputusan pantas menjadi pemisah kepada kedua-dua pasukan.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN