Maraton bertukar cemas, lapan pelari rebah disambar cuaca panas

Maraton bertukar cemas, lapan pelari rebah disambar cuaca panas

Pihak berkuasa mengesahkan seramai 12 pelari mengalami simptom seperti kekejangan, pening dan hiperventilasi sepanjang perlumbaan berlangsung. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Larian DMZ Peace Marathon bertukar cemas apabila lapan peserta terpaksa dikejarkan ke hospital akibat masalah berkaitan haba ketika suhu mencecah hampir 30 darjah Celsius, semalam.

Perlumbaan yang berlangsung berhampiran zon demiliterisasi Korea itu sepatutnya menjadi simbol keamanan, namun cuaca panas luar biasa menguji ketahanan fizikal peserta.

Pihak berkuasa mengesahkan seramai 12 pelari mengalami simptom seperti kekejangan, pening dan hiperventilasi sepanjang perlumbaan berlangsung.

Daripada jumlah itu, lapan peserta memerlukan rawatan hospital termasuk seorang lelaki berusia 43 tahun yang dilaporkan berada dalam keadaan serius dan memerlukan rawatan rapi.

Situasi tersebut dipercayai berpunca daripada tindakan peserta yang terus memaksa diri berlari walaupun suhu meningkat secara mendadak.

Pegawai keselamatan memberi amaran kepada orang ramai agar peka terhadap tanda-tanda strok haba dan segera menghentikan aktiviti fizikal sekiranya gejala muncul.

Di ibu negara Seoul, suhu turut mencatat 29.4 darjah Celsius, rekod tertinggi pertengahan April sejak pencatatan moden bermula pada 1907.

Fenomena cuaca panas ini dilihat sebagai petunjuk jelas perubahan iklim global yang semakin memberi kesan kepada acara sukan luar dan keselamatan atlet. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN