PETALING JAYA: Bursa Malaysia mengakhiri dagangan hari ini dengan kenaikan tinggi seiring dengan sentimen positif sederhana di peringkat serantau, walaupun pelabur masih berhati-hati terhadap perkembangan ekonomi global semasa.
Pada pukul 5 petang, pasaran saham tempatan naik 7.09 mata kepada 1,702.30 berbanding berbanding 1,695.21 pada Jumaat.
Indeks penanda aras dibuka rendah 1,693.50.
Jumlah dagangan sebanyak 3.03 bilion unit bernilai RM2.92 bilion.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 657 berbanding 500 dengan 572 kaunter tidak berubah dan 1,029 tidak diniagakan.
Sementara itu, indeks Nikkei Jepun menaik 348.99 mata atau 0.60 peratus kepada 58,824.89 ketika berita ini ditulis.
Selain itu, indeks STI Singapura naik 0.08 peratus kepada 5,001.85 dan indeks Kospi Korea Selatan naik sebanyak 0.44 peratus kepada 6,219.09.-UTUSAN










