Krisis kecederaan himpit Arsenal

Krisis kecederaan himpit Arsenal

Kai Havertz tidak mungkin sempat pulih untuk aksi menentang Atletico dalam separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah tetapi terdapat harapan beliau masih mampu beraksi semula sebelum musim berakhir. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Arsenal berdepan krisis kecederaan menjelang aksi penting separuh akhir pertama Liga Juara-Juara Eropah (UCL) menentang Atletico Madrid di gelanggang lawan, esok.

Kai Havertz dan Eberechi Eze mengalami kecederaan ketika Arsenal melakar kemenangan penting 1-0 ke atas Newcastle United untuk kekal bersaing merebut gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL).

Riccardo Calafiori pula terlepas sepenuhnya perlawanan itu, manakala pemain seperti Bukayo Saka dan Jurrien Timber dilaporkan bergelut dengan masalah kecergasan sejak beberapa minggu lalu.

Situasi itu menyebabkan Arsenal kini dalam keadaan genting untuk membariskan kesebelasan utama terbaik bagi mencari bekalan selesa dalam aksi separuh akhir pertama UCL menentang skuad kendalian Diego Simeone.

Bagaimanapun, Mikel Arteta boleh menarik nafas lega apabila laporan perubatan mendapati Havert tidak berdepan kecederaan serius, namun dijangka terlepas beberapa aksi penting bersama The Gunners.

Menurut sumber dalaman Arsenal, tempoh beberapa minggu akan datang amat penting buat Arsenal yang memburu kejuaraan Liga Juara-Juara dan EPL.

Dengan baki perlawanan yang semakin sedikit, sebarang kecederaan kecil sekalipun boleh memberi kesan besar terhadap peluang mereka.

Katanya, terdapat perkembangan positif mengenai status kecederaan pemain, namun kelab perlu berhati-hati mengenai kecederaan yang menimpa Havertz.

Sumber itu mendakwa kebimbangan awal bahawa kecederaan tersebut serius kini telah reda, namun tempoh sebenar pemulihan masih belum dapat dipastikan.

Perkembangan ini pastinya berita baik buat Arsenal, khususnya dalam perebutan kejuaraan EPL bersama Manchester City di puncak liga.

“Havertz dilihat tidak mungkin sempat pulih untuk aksi menentang Atletico dalam aksi separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah, tetapi terdapat harapan beliau masih mampu beraksi semula sebelum musim berakhir,” katanya.

Arsenal amat memerlukan khidmat Havertz dalam fasa akhir musim ini, lebih-lebih lagi selepas persembahan hambar Viktor Gyokeres ketika menentang Newcastle hujung minggu lalu.

Sementara itu, Arteta berharap dapat menurunkan barisan terbaik untuk memastikan Arsenal melakar sejarah baharu kelab pada musim ini di bawah kendaliannya.

“Kami tidak rasa ia terlalu serius (status kecederaan pemain). Kami perlu tunggu dan lihat sama ada mereka boleh diturunkan pada Rabu (menentang Atletico,” katanya. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN