Misi getir Liverpool ‘layan’ Galatasaray

Misi getir Liverpool ‘layan’ Galatasaray

ARNE SLOT - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Liverpool berdepan tugas sukar untuk mengekalkan peluang mereka ke suku akhir Liga Juara-Juara Eropah selepas tewas 0-1 kepada Galatasaray pada perlawanan pertama pusingan 16 terakhir, minggu lalu.

Gol Mario Lemina pada minit ketujuh menjadi kelebihan buat kelab yang berpangkalan di Istanbul menjelang perlawanan timbal balik di Anfield pada awal pagi esok.

Musim ini, ia kemenangan kali kedua Galatasaray ke atas The Reds di venue yang sama, apabila menang 1-0 dalam fasa liga pada September lalu.

Pengurus Liverpool, Arne Slot menegaskan pasukannya telah dinafikan sepakan penalti ketika aksi pertama, selain gol penyamaan dibatalkan pada minit ke-71 berpunca daripada sepakan penjuru Dominik Szoboszlai, tetapi bola terlebih dahulu terkena tangan Ibrahima Konate menerusi semakan Video Bantuan Pengadil (VAR) sebelum bola menerjah jaring.

Slot turut menyifatkan kekasaran terhadap Virgil van Dijk sepatutnya Liverpool dihadiahkan sepakan penalti.

“Dalam Liga Perdana, lebih banyak perkara dibenarkan berbanding di Liga Juara-Juara,. Itulah sebabnya saya terkejut ia bukan penalti.

“Dalam semua insiden lain apabila pengadil nampak sesuatu apabila kami melakukan kesalahan, dia sangat cepat meniup wisel dan memberikan sepakan percuma kepada Galatasaray,” ujar Slot.

Galatasaray akan bermain di Anfield tanpa penyokong lawan selepas Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) menggantung penyokong Liverpool kerana membaling objek dan menyalakan mercun semasa perlawanan play-off menentang Juventus di Turin pada 25 Februari lalu.-AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN