Lupakan isu warisan, fokus tebus maruah – Khalid

Lupakan isu warisan, fokus tebus maruah – Khalid

Menteri Belia dan Sukan, Dr. Mohammed Taufiq Johari (tiga kiri) menyerahkan sumbangan kepada bekas pemain bola sepak kebangsaan, Khalid Jamlus (tiga kanan) pada Majlis Berbuka Puasa Majlis Sukan Negara (MSN) 2026 di MSN Bukit Jalil baru-baru ini. GAMBAR: FARIZ RUSADIO /
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad Harimau Malaya perlu segera melupakan isu tujuh pemain warisan dan memberi sepenuh tumpuan terhadap aksi terakhir Kumpulan F Kelayakan Piala Asia 2027 menentang Vietnam pada 31 Mac ini.

Bekas penyerang kebangsaan, Khalid Jamlus berkata, skuad kendalian Peter Cklamovski perlu menjadikan aksi terakhir di Hanoi sebagai medan untuk memulihkan semula maruah Malaysia tanpa terbeban dengan isu pemain warisan .

“Lupakan pemain warisan, fokus aksi terakhir ini.Saya merasakan mereka takkan terbawa atau terganggu dengan apa yang berlaku sekarang. Itu bukan urusan pemain pun.

“Saya mengharapkan pemain-pemain Harimau Malaya dapat kekalkan momentum yang sedia ada dan tunjuk persembahan mantap di Vietnam nanti,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Sepanjang bergelar pemain kebangsaan, Khalid mengakui saingan berdepan Vietnam sangat sengit dan skuad Naga Emas itu memang tidak berpuas hati dengan prestasi pasukan negara sebelum ini.

“Sekarang ini adalah masanya kita balas dendam. Kita kalahkan mereka di stadium mereka sendiri untuk buktikan kemampuan skuad kebangsaan,” katanya.

Bekas penyerang Harimau Malaya itu juga menuntut para pemain kebangsaan memberikan 100 peratus komitmen dan mengekalkan disiplin serta tidak termakan provokasi lawan..

“Sesiapa saja yang diberi peluang bermain, kena beri persembahan terbaik untuk kembalikan maruah kita yang tercalar sebelum ini. Satu gol pun Alhamdulillah, asalkan kita balik dengan kemenangan.

“Bagi saya, untuk lawan Vietnam, pasukan kena ‘solid’ dan kuat, Jika ada pemain naturalisasi baharu itu akan menjadi kelebihan buat kita,” jelasnya.

Dalam pada itu, Khalid optimis dengan bakat tempatan dan percaya setiap lima hingga 10 tahun pasti muncul seorang pemain berbakat khususnya di bahagian serangan.

“Bagi saya bab penyerang ni sentiasa ada pergi dan datang. Kita jangan risau pasal itu, sekarang fokus pada kualiti yang ada saja,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN