Kelantan TRW perlu kutip bekalan selesa

Kelantan TRW perlu kutip bekalan selesa

Akmal Rizal Ahmad Rakhli
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kelantan The Real Warriors (TRW) perlu memanfaatkan semua peluang terhidang pada aksi pertama separuh akhir Piala Cabaran 2026 menentang Penang FC di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, malam ini.

Penolong ketua jurulatihnya, Akmal Rizal Ahmad Rakhli berkata, setiap peluang perlu diterjemahkan dalam bentuk jaringan bagi memastikan pasukan meraih bekalan selesa sebelum aksi timbal balik minggu depan.

“Kita perlu menang, tak kira satu atau dua gol. Penang kuat di tempat sendiri dan mempunyai skuad yang baik. Kita perlu bermain positif untuk pastikan kemenangan yang paling mustahak,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Bekas penyerang kebangsaan itu berkata, walaupun beraksi di Stadium Majlis Perbandaran Selayang , semua pemain sudah bersedia untuk memberikan aksi terbaik.

“Kami bermain di Selayang sepanjang bulan Ramadan. Kelebihan tempat sendiri memang tiada, tapi setiap pemain dah bersedia. Dua perlawanan terakhir dalam liga tewas, tapi Piala Cabaran ini lain. Hanya selangkah lagi untuk kita ke final,” katanya.

Bercakap tentang pemilihan pemain, Akmal memaklumkan terdapat beberapa pemain yang masih belum cergas sepenuhnya, termasuk penggantungan Shafiq Ismail yang menerima kad merah dalam aksi terakhir.

“Yang pasti Shafiq Ismail tak dapat diturunkan. Yang lain saya akan tentukan malam ini berdasarkan kecergasan selepas aksi menentang DPMM dua hari lepas,” jelasnya.

Menyentuh tentang jadual padat pasukan, Akmal mengakui cabaran untuk menghadapi enam perlawanan dalam 20 hari, termasuk aksi Liga Super, bukan mudah, lebih-lebih lagi sepanjang Ramadan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN