Zheng kembali dengan bergaya di Terbuka Qatar

Zheng kembali dengan bergaya di Terbuka Qatar

ZHENG QINWEN - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Pemenang pingat emas Olimpik, Zheng Qinwen kembali ke pentas kompetitif dengan penuh bergaya apabila mencatat kemenangan ke atas juara Terbuka Australia 2020, Sofia Kenin pada pusingan pertama Terbuka Qatar, semalam.

Pemain China yang kembali beraksi buat kali pertama sejak September lalu bangkit selepas tewas set pertama sebelum menewaskan Kenin 4-6, 6-1, 6-2 untuk melangkah ke pusingan kedua, sekali gus dijadual bertemu Alycia Parks.

Zheng menghuni ranking ke-26 dunia mempamerkan prestasi meyakinkan apabila menghasilkan 20 ace, satu petanda positif terhadap tahap kecergasan dan keyakinannya selepas berehat panjang akibat kecederaan.

“Apabila kembali daripada kecederaan, ia tidak pernah benar-benar bebas daripada kesakitan. Namun, secara keseluruhan saya percaya siku saya berada dalam proses pemulihan yang baik.

“Saya berada pada tahap yang sangat baik dan mampu meneruskan permainan selama dua jam lagi, khususnya ketika melakukan servis,” katanya.

Sementara itu, pilihan kelima kejohanan, Mirra Andreeva tidak berdepan masalah untuk mara ke pusingan 16 terbaik selepas mencatat kemenangan straight set 7-6 (7/0), 6-1 ke atas Magda Linette. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN