Sarjit yakin kualiti ‘PC’ Speedy Tigers

Sarjit yakin kualiti ‘PC’ Speedy Tigers

Azimuddin Syakir Kamaruddin (kiri) menjadi flicker ketiga Speedy Tigers dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2026.- IHSAN KONFEDERASI HOKI MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua jurulatih skuad hoki negara, Sarjit Singh optimis dengan kemampuan Azimuddin Syakir Kamaruddin untuk menggalas tanggungjawab sebagai flicker ketiga pasukan dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2026.

Azimuddin mula beraksi bersama skuad senior pada Mei 2024 sudah menjaringkan dua gol daripada 17 perlawanan akan bergandingan bersama dua lagi flicker iaitu Faizal Saari dan Syed Syafiq Syed Cholan.

Menurut Sarjit, dia percaya dengan kehadiran Azimuddin, peluang pasukan untuk menjaringkan lebih banyak gol menerusi pukulan sudut penalti dapat dilakukan.

“Kita ada Azimuddin. Dia flicker ketiga pasukan. Di bahagian serangan kita ada Faizal, Akhimullah (Anuar Esook), Azrai (Aizad Abu Kamal), Norsyafiq (Sumantri) dan Ashran (Hamsani).

“Kita ada barisan pemain untuk memberikan aksi yang terbaik dan melayakkan diri ke Piala Dunia,” katanya.

Berdasarkan statistik dalam kempen Piala Negara-Negara pada Jun lalu, Malaysia hanya mampu menyempurnakan sekurang-kurangnya satu atau dua daripada jumlah keseluruhan pukulan sudut penalti yang diberikan kepada pasukan.

Skuad negara akan mengadakan dua aksi persahabatan sebagai persiapan terakhir sebelum menghadapi aksi kelayakan dengan menentang Mesir, esok dan bertemu Jepun, Khamis ini.

Speedy Tigers diletakkan dalam Kumpulan B bakal memulakan kempen menentang Austria pada 1 Mac ini sebelum bertemu Pakistan keesokan harinya dan China (4 Mac).-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN