Rybakina balas dendam ke atas Sabalenka

Rybakina balas dendam ke atas Sabalenka

ELENA Rybakina muncul juara Terbuka Australia- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELBOURNE: Elena Rybakina berjaya melunaskan dendam terhadap Aryna Sabalenka selepas menumpaskan pemain No.1 dunia itu dalam final Terbuka Australia, kelmarin.

Dalam aksi final dramatik do Rod Laver Arena itu, Rybakina mengubah skrip final edisi 2023 apabila membenam Sabalenka yang juga juara bertahan dakam aksi tiga set  6-4, 4-6, 6-4.

Kemenangan tersebut menyaksikan Rybakina mengukuhkan reputasinya sebagai antara pemain paling konsisten di pentas utama.

“Kedudukan jantung memang berdegup sangat laju walaupun mungkin wajah saya tidak menunjukkannya.

“Di dalam diri sebenarnya penuh dengan emosi dan saya hanya cuba kekal fokus sehingga mata terakhir,” kata pemain Kazakhstan itu.

Sabalenka pula gagal menyembunyikan kekecewaan apabila tunduk buat kali ketiga dalam final Grand Slam utama meskipun tampil sebagai pilihan utama kejohanan.

“Harap-harap tahun depan akan menjadi tahun yang lebih baik untuk saya.

“Dia (Rybakina) bermain perlawanan yang luar biasa dan saya sudah memberikan segala-galanya hingga mata terakhir,” ujar pemain Belarus itu.

Rybakina menyifatkan kejayaan di Melbourne sebagai lonjakan keyakinan besar untuk musim ini selepas turut menewaskan Iga Swiatek dan Jessica Pegula dalam laluannya menuju gelaran berprestij tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN