LONDON: Liam Rosenior telah menyampaikan mesej pertamanya kepada pemain Chelsea sebagai pengurus baru The Blues malah mengakui dia perlu permulaan yang pantas.
Rosenior dilantik daripada kelab Perancis, Strasbourg, Selasa lalu menggantikan Enzo Maresca yang meninggalkan Chelsea minggu lalu selepas dilaporkan berlaku konflik dengan pengurusan kelab.
Pengurus berusia 41 tahun itu menandatangani kontrak enam tahun dengan Chelsea, pernah mengurus Hull sebelum dipecat selepas gagal mara ke play-off Kejohanan pada 2024.
“Sangat teruja. Saya tidak sabar. Sebagai seorang pemuda, saya sentiasa ingin menjadi jurulatih, saya selalu bercakap mengenainya.
“Kesempatan untuk datang pada tahap kerjaya saya ini adalah hebat tetapi fokus terbesar saya bukan tentang menjadi pengurus Chelsea, tetapi tentang menjadi pengurus Chelsea yang menang.
“Itu adalah mesej yang saya sampaikan kepada pemain semalam apabila saya berpeluang bertemu mereka buat kali pertama.
“Kita perlu memulakan dengan pantas untuk baki musim ini,” katanya. – AFP










