Pemain Chelsea kena buktikan kemampuan

Pemain Chelsea kena buktikan kemampuan

Liam Rosenior- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pengurus Chelsea, Liam Rosenior mahu para pemain membuktikan kenapa nama mereka wajib ada dalam kesebelasan utama The Blues ketika ini.

Terdahulu, pengurus baharu Chelsea itu enggan mengesahkan penjaga gol, Robert Sanchez akan kekal sebagai penjaga gawang nombor satu di Stamford Bridge.

Prestasi Sanchez yang melakukan banyak kesilapan ketika tewas 2-3 kepada Arsenal di separuh akhir pertama Piala Liga Inggeris, kelmarin, menimbulkan keraguan mengenai kedudukannya.

Menjelang pertemuan Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan Brentford yang sedang meningkat naik, malam esok, Rosenior masih berteka-teki dengan barisan pemain yang bakal diturunkan.

Peluang Chelsea untuk memberi Rosenior kemenangan dalam perlawanan sulung di laman sendiri musnah apabila Sanchez tersalah posisi untuk gol pembukaan Ben White dan kemudian gagal mengawal hantaran lintang yang membolehkan Viktor Gyokeres menjaringkan gol kedua Arsenal.

“Saya di sini untuk menilai setiap posisi. Saya tidak mempunyai nombor satu atau nombor dua, itu bukan cara saya bekerja.

“Di setiap kelab mesti ada persaingan. Anda perlu membuktikan kelayakan untuk berada dalam pasukan ini. Itu mesej untuk semua pemain. Saya tidak mempunyai penjaga gol nombor satu atau penyerang nombor sembilan yang dijami,” kata Rosenior.

Cole Palmer dan Reece James belum diturunkan dalam dua perlawanan pertama Rosenior sebagai pengurus Chelsea, tetapi kedua-duanya menjalani latihan, semalam dan mungkin beraksi menentang Brentford.

Bagaimanapun, persiapan Chelsea untuk perlawanan itu terganggu oleh wabak virus di pusat latihan kelab.

Liam Delap dan Jamie Gittens antara mereka yang tidak hadir di pangkalan latihan Cobham, semalam kerana suhu badan tinggi.

“Kami sedang berusaha membendung apa yang kelihatan seperti virus. Beberapa kakitangan juga terjejas. Doktor kelab melakukan segala yang termampu,” kata Rosenior.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN