MELBOURNE: Naomi Osaka mahu meninggalkan Terbuka Australia tanpa sebarang penyesalan dan akan bermain secara agresif dalam usahanya memenangi gelaran itu buat kali ketiga.
Bekas pemain No. 1 dunia itu bergelut dengan prestasi, kecergasan dan konsistensi sejak memenangi gelaran Grand Slam keempatnya lima tahun lalu.
Kini berada di ranking ke-16 dunia, Osaka bagaimanapun menunjukkan tanda-tanda kebangkitan prestasi terbaiknya apabila mara ke separuh akhir Terbuka Amerika Syarikat (AS) tahun lalu.
“Saya cuma berharap dapat menoleh kembali ke kejohanan ini, walau apa pun kesudahannya, dan tidak mempunyai sebarang penyesalan,” kata Osaka yang menjuarai Terbuka Australia pada 2019 dan 2021.
Osaka dijadual bertemu pemain Croatia, Antonia Ruzic pada pusingan pertama, berkata, dia banyak bergantung pada kenangan manis kejayaan lalu.
“Apabila saya mengimbas kembali perlawanan itu, saya hanya teringat bagaimana saya sukar bernafas kerana terlalu banyak batuk.
“Sejujurnya, saya hanya mahu bermain dengan lebih agresif dan lebih tegas dengan permainan saya. Saya rasa pertahanan saya kini sudah baik… saya cuma mahu bermain dengan lebih agresif,” katanya. – AGENSI










