Munoz gembira, Nizam tetap puji pemain

Munoz gembira, Nizam tetap puji pemain

PEMAIN NSFC, Khuzaimi Piee (kiri) menghalang kemaraan pemain JDT, Bergson Da Silva dalam aksi Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Xisco Munoz gembira dengan semangat juang pemainnya memburu jaringan ketika menang 1-0 ke atas Negeri Sembilan FC (NSFC), kelmarin.

Dalam aksi di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi itu, Manuel Hidalgo menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-98 sekali gus membolehkan Harimau Selatan mengekalkan rekod kemenangan dalam 14 perlawanan.

Menurut Munoz, pencapaian itu memberi kesan yang positif kepada pasukan itu apatah lagi kemenangan itu diraih di gelanggang lawan yang dipenuhi puluhan ribu penyokong.

“Sekali lagi tiga mata dan ini adalah yang paling positif bagi kami. Maksud saya, inilah yang perlu kami lakukan dan ini adalah untuk apa kami datang ke sini,” kata Munoz.

Sementara itu, pengendali NSFC,  Mohd. Nidzam Jamil enggan memanjangkan isu kelewatan pengadil meniupkan wisel menamatkan perlawanan kerana perkara itu diluar kawalannya.

“Apa yang boleh kita kawal ialah cara bermain bagi menghalang pasukan lawan mempunyai peluang menjaringkan gol. Ia bukan isu masa telah melebihi 8 minit, 9 minit atau 10 minit. Isunya kita kena kekal fokus untuk memastikan satu mata penting dapat dicapai.

“Bagi saya, kita kena belajar perkara ini, walaupun agak terkilan dengan keputusan malam ini (kelmarin), tapi kita dapat mempelajari sesuatu daripada JDT, itu baik untuk pemain dan pasukan,” kata Nidzam.

Nizam juga berpuas hati dengan komitmen anak buahnya sepanjang tempoh perlawanan apabila berjaya melaksanakan tugas masing-masing sehingga menyukarkan Harimau Selatan menjaringkan gol dalam masa perlawanan sebenar.

“Kei Oshiro dan Oday Kharoub baru 10 hari menyertai pasukan tetapi telah menunjukkan prestasi memberangsangkan. Daripada segi komitmen dan permainan, mereka telah berhempas pulas dan saya tidak boleh meminta lebih daripada ini,” katanya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN