Martin bakal sertai Yamaha mulai 2027

Martin bakal sertai Yamaha mulai 2027

JORGE MARTIN - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

VENICE: Juara Dunia MotoGP 2024, Jorge Martin bakal meninggalkan Aprilia untuk menyertai Yamaha bagi musim 2027, selepas kontraknya bersama pasukan itu berakhir.

Menurut laporan Motorsport.com, Martin sedang memuktamadkan perjanjian untuk menyertai Yamaha, sekaligus membuka era MotoGP bersama pasukan berwarna biru itu.

Kehadiran Martin dijangka menggantikan Fabio Quartararo yang dikatakan akan meninggalkan Yamaha pada akhir tahun ini, sekali gus membuka peluang kerusi di Aprilia untuk musim 2027.

Martin menyertai Aprilia Racing pada musim 2025 selepas tidak dipilih oleh Ducati untuk duduk di kerusi kilang kedua bersama Francesco Bagnaia.

Ducati sebaliknya memilih Marc Marquez, menyebabkan Martin meninggalkan pasukan Pramac yang membolehkannya memenangi gelaran dunia pada 2024.

Musim pertamanya bersama RS-GP menyaksikan Martin menghadapi pelbagai cabaran, termasuk cedera semasa ujian pra-musim dan sebelum perlumbaan pertama, serta kemalangan dalam perlumbaan Qatar.

Martin membuat kemunculan semula di Brno dan menamatkan perlumbaan dalam kelompok sepuluh terbaik, sebelum meraih tempat keempat di Hungary, keputusan terbaiknya bagi musim lalu.

Bagaimanapun, kecederaan sekali lagi menimpa Martin ketika perlumbaan pecut di Jepun selepas terjatuh pada selekoh pertama bersama rakan sepasukannya, Marco Bezzecchi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN