Keputusan STAM dikeluar Khamis depan

Keputusan STAM dikeluar Khamis depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Tahun 2025 akan dikeluarkan pada 5 Februari iaitu pada Khamis ini.

Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), seramai 4,443 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan tersebut di 135 buah pusat peperiksaan seluruh negara.

Katanya, calon sekolah boleh memperoleh keputusan peperiksaan daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10:00 pagi pada tarikh tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagi calon persendirian, calon boleh menghubungi jabatan pendidikan negeri tempat calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan
bagi memperoleh keputusan peperiksaan.

“Pihak sekolah hendaklah memastikan pengurusan penyerahan keputusan peperiksaan kepada calon dilaksanakan secara cekap dan teratur,” katanya hari ini.

Calon sekolah dan calon persendirian juga boleh membuat semakan keputusan peperiksaan melalui beberapa kaedah antaranya secara dalam talian di pautan myresultstam.moe.gov.my untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan mulai pukul 10 pagi, Februari sehingga pukul 6 petang pada 11 Februari 2026 (Rabu).

Selain itu calin boleh menyemak secara sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan ringkasan keputusan peperiksaan dengan menaip
STAM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 15888.

“Sistem ini akan diaktifkan mulai pukul 10:00 pagi pada 5 Februari sehingga pukul 6:00 petang pada 11 Februari 2026,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini