4,443 calon duduki STAM 2025 bermula 12 November

4,443 calon duduki STAM 2025 bermula 12 November

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 4,443 calon akan menduduki Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2025) yang dijadualkan berlangsung dari 12 hingga 24 November ini.

Menurut Kementerian Pendidikan (KPM), peperiksaan itu akan dijalankan di 135 pusat peperiksaan dengan 852 petugas dilantik bagi memastikan pengurusan dan perjalanan peperiksaan berjalan lancar.

KPM menasihatkan calon menyemak jadual waktu peperiksaan bagi mengetahui tarikh, masa, kod serta nama kertas, selain mematuhi semua arahan dan peraturan peperiksaan yang ditetapkan. 

Jadual lengkap boleh dimuat turun melalui portal rasmi Lembaga Peperiksaan di pautan lp.moe.gov.my.

Kementerian turut mengingatkan calon membawa dokumen pengenalan diri dan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan ke pusat peperiksaan masing-masing.

Dalam masa sama, KPM memberi jaminan pihaknya bersedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuk penularan Influenza-Like Illness (ILI) dan ancaman Monsun Timur Laut (MTL).

“KPM sentiasa cakna terhadap keselamatan serta kebajikan calon dan petugas peperiksaan. Mekanisme dan langkah kesiapsiagaan awal telah diatur bersama agensi berkaitan bagi memastikan urusan peperiksaan berjalan lancar,” katanya dalam kenyataan di sini semalam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN