Pegawai SPRM jangan takut lawan rasuah

Pegawai SPRM jangan takut lawan rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pegawai Penguasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu bersikap berani memerangi rasuah, demi menegakkan kebenaran tanpa pilih kasih, termasuk berani menolak sebarang arahan yang bercanggah dengan undang-undang.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesional) SPRM, Datuk Indera Junipah Wandi berkata, integriti merupakan teras utama SPRM dan wajib dipelihara dengan mengamalkan kejujuran.

Selain, pegawai perlu mengelakkan sebarang konflik kepentingan serta mempertahankan maruah Suruhanjaya sebagai satu amanah besar kepada negara.

“Kursus Peralihan Penguasa SPRM merupakan platform penting dalam membentuk pegawai yang beralih daripada peranan pelaksana kepada penyelia dan pemimpin yang memikul tanggungjawab serta akauntabiliti lebih besar, katanya ketika menyempurnakan Majlis Penutupan Kursus Peralihan Penguasa SPRM P9 Siri 9 Bilangan 1 Tahun 2026 di Dewan Tun Dr Ismail, Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA), di sini semalam.

Dalam majlis itu,  seramai 35 pegawai SPRM terlibat telah mengikuti kursus selama dua minggu, bermula dari 19 hingga 30 Januari 2026 yang dilaksanakan di Kem Amazing Legacy, Lenggong, Perak dan MACA. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×