Haqimi Azim sertai Terengganu FC

Haqimi Azim sertai Terengganu FC

HAQIMI Azim Rosli menjalani latihan bersama skuad Terengganu FC- IHSAN TFC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyerang muda kebangsaan, Haqimi Azim Rosli menyertai Terengganu FC secara pinjaman bagi menghadapi baki saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Ketibaan Haqimi Azim yang sebelum ini beraksi dengan Kuala Lumpur (KL) City itu diumumkan kelab pantai Timur itu menerusi laman sosialnya, semalam.

“Terengganu FC mengumumkan bahawa pemain Haqimi Azim Rosli telah menyertai pasukan secara pinjaman daripada Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi musim 2025/2026.

“Pemain Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23) itu dipinjam sebagai sebahagian daripada perancangan pasukan untuk memperkukuhkan skuad, khususnya di bahagian serangan dalam menghadapi pusingan kedua Liga Super Malaysia 2025/2026, selain saingan Piala Malaysia yang akan berlangsung tidak lama lagi

“Pihak pengurusan Terengganu FC percaya kehadiran Muhammad Haqimi Azim akan memberikan nilai tambah kepada pasukan serta membantu meningkatkan kualiti keseluruhan skuad bagi menghadapi cabaran musim ini,” kata Terengganu FC.

Mengulas mengenai penyertaannya bersama Terengganu FC, Haqimi Azim menyatakan komitmennya untuk memberikan yang terbaik sepanjang tempoh bersama pasukan.

Pemain kelahiran Gombak, Selangor itu turut menyatakan hasrat untuk menggunakan peluang ini sebaik mungkin bagi membantu Terengganu FC menghadapi pusingan kedua Liga Super Malaysia 2025/2026, di samping berusaha memberikan komitmen penuh demi kepentingan pasukan.

Haqimi Azim turut menyatakan kesediaannya untuk bekerja keras demi kepentingan pasukan, khususnya dalam menghadapi baki saingan Liga Super serta cabaran Piala Malaysia.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN