BANGKOK: Atlet lompat tinggi negara, Norliyana Kamaruddin meraih pingat gangsa dalam final lompat tinggi wanita Sukan SEA Thailand 2025 di Stadium Nasional Suphachalsai, sebentar tadi.
Norliyana meraih pingat gangsa selepas melakukan lompatan 1.75 meter (m), manakala atlet Vietnam, Thi Kim Anh Bui meraih emas (1.86m) dan perak milik wakil Filipina, Mariel Abuan (1.80m).
Untuk rekod, catatan terbaik Norliyana sebelum ke Sukan SEA ialah 1.82m, namun pencapaian gangsa boleh dibanggakan kerana sebelum ini beliau dihimpit dengan kecederaan.-UTUSAN










