Khai Xing–Aaron lengkapkan dua minggu emas di India

Khai Xing–Aaron lengkapkan dua minggu emas di India

Aaron Tai-Kang Khai Xing
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki negara, Kang Khai Xing–Aaron Tai terus membuktikan ketajaman apabila muncul juara Masters Guwahati di India, hari ini.

Kemenangan itu melengkapkan dua minggu gemilang selepas mereka turut menjuarai Kejohanan Antarabangsa Syed Modi, minggu lalu.

Di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Saru Sajai, pasangan ranking ke-46 dunia itu menundukkan gandingan tuan rumah, Pruthvi Krishnamurthy Roy–Krishnaprasad Sai Pratheek tanpa masalah.

Khai Xing–Aaron turun dengan penuh keyakinan untuk merakam kemenangan straight set 21-13, 21-18.

Lebih manis, mereka mengekalkan rekod 100 peratus kemenangan dalam semua aksi final yang disertai tahun ini.

Selain dua gelaran di India, mereka turut menguasai Malaysia Super 100 pada Oktober lalu.

Bagaimanapun, cabaran beregu wanita negara Ong Xin Yee–Carmen Ting berakhir hampa selepas tewas di final.

Pasangan ranking ke-29 dunia itu tunduk kepada Isyana Shahira Meida–Rinjanie Nastine 17-21, 21-23 dalam pertarungan sengit 46 minit. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN