Majlis apresiasi sekolah lapan murid meriah

Majlis apresiasi sekolah lapan murid meriah

MURID bersama guru, ibu bapa dan komuniti setempat serta wakil jabatan dan agensi kerajaan yang menghadiri Majlis Apresiasi SK Tebing Rebak di Bagan Datuk baru-baru ini. – UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN DATUK: Walaupun memiliki lapan murid sahaja, Majlis Apresiasi Sekolah Kebangsaan (SK) Tebing Rebak di sini tetap berlangsung meriah baru-baru ini bagi meraikan kecemerla­ngan warga sekolah terlibat.

Guru Besar SK Tebing Rebak, Zaiton Hashim berkata, pihaknya tidak menyangka pe­nganjuran majlis itu mendapat sokongan pelbagai pihak termasuk dalam kalangan komuniti setempat seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan lain-lain sebagai tanda soko­ngan kepada pihak sekolah.

Zaiton berkata, majlis itu untuk memberi penghargaan kepada murid yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum, atau kepimpinan.

“Majlis ini membuktikan walaupun sekolah ini kurang murid ia bukan halangan untuk aktiviti sekolah dilaksanakan dengan penuh meriah, sama seperti sekolah yang lain.

“Saya mahu murid-murid sekolah ini merasai pengalaman mengadakan majlis, sama se­perti yang diadakan di sekolah-sekolah lain. Apabila penduduk, ibu bapa murid bersama-sama di sekolah, suasana jadi meriah. Saya tak sangka majlis ini mendapat sambutan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Zaiton berkata, sesi pembelajaran di SK Tebing Rebak tetap berjalan seperti biasa walaupun hanya lapan murid bagi sesi tahun ini.

“Untuk sesi tahun depan, seorang murid Tahun Satu sudah mendaftarkan untuk sesi 2026.

“Saya berharap jumlah murid di sekolah ini akan bertambah pada masa akan datang supaya suasananya lebih ceria,” katanya.

Menurutnya, SK Tebing Rebak Terletak kira-kira 20 kilometer dari pekan Bagan Datuk mempunyai empat guru dan seorang kakitangan sokongan selain seorang guru besar me­ngalami kekurangan murid sejak beberapa tahun lalu disebabkan penduduk yang berhijrah.

Malah tahun ini hanya seorang murid Tahun 1 mendaftar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN