Emas sepak takraw amat membanggakan- Mohammed Taufiq

Emas sepak takraw amat membanggakan- Mohammed Taufiq

MENTERI Belia dan Sukan, Dr. Mohammed Taufiq Johari (tengah) bersama : Presiden Persekutuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), Datuk Mohd Sumali Reduan dan atlet regu sepak takraw negara yang memenangi emas terakhir Sukan SEA Thailand 2025.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NAKHON PATHOM: Menteri Belia dan Sukan, Dr. Mohammed Taufiq Johari mengakui kontinjen negara mengakhiri temasya Sukan SEA Thailand 2025 dengan nokthah membanggakan.

Menurut Dr. Mohamed Taufik, emas penutup menerusi regu sepak takraw menghadirkan khabar gembira kerana melengkapkan emas ke-57 kontinjen negara di temasya dwitahunan itu.

“Hari ini kita menyaksikan satu penutup yang cukup mengembirakan negara Malaysia. Penutup yang amat-amat membanggakan. Pasukan Sepak Takraw kita telah pun berjaya memenangi emas terakhir.

“Ini satu pencapaian yang amat-amat membanggakan, amat-amat hebat yang disumbangkan oleh pasukan Malaysia pada temasya kali ini.

“Pencapaian merangkumi keseluruhan pingat kita antara yang terbanyak dalam sejarah sejak daripada tahun 2007 yang diluar Kuala Lumpur,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN