Skuad negara B-16 intai kemenangan ketiga

Skuad negara B-16 intai kemenangan ketiga

AKSI pemain negara ketika menumpaskan Hong Kong 1-0 dalam kelayakan Piala Asia B-17 2027 di Vietnam, kelmarin.-IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad Bawah 16 tahun (B-16) negara bersedia menjadikan Macau sebagai ‘mangsa’ seterusnya menjelang aksi ketiga Kumpulan C kelayakan Piala Asia B-17 2026 di Padang Vietnam YFTC, Hanoi, hari ini.

Motivasi pemain-pemain muda negara ketika ini berada di tahap terbaik selepas mencatat dua kemenangan iaitu membelasah Kepulauan Mariana Utara 13-0 pada aksi pertama sebelum menewaskan Hong Kong 1-0, kelmarin.

Dua keputusan itu membolehkan skuad kendalian Javier Jorda Ribera berada di tangga kedua Kumpulan C dan berkongsi enam mata bersama pendahulu, Vietnam yang membelasah Kepulauan Mariana Utara 14-0.

Pada kempen kali ini, cabaran dihadapi Ribera adalah dalam melakukan penggiliran pemain bagi memastikan barisan pemain terbaik dapat diturunkan untuk setiap perlawanan berikutan hanya juara kumpulan akan meraih tiket ke pusingan akhir.

Jelas pengendali dari Sepanyol itu, beliau terpaksa melakukan penggiliran pemain ketika menentang Hong Kong memandangkan pemain baru beraksi 48 jam sebelum itu selain mengambil kira perlawanan akan datang dengan skuad negara bakal mengharungi tiga lagi aksi minggu ini.

“Lawan kami yang seterusnya adalah Macau, satu pasukan berdisiplin tinggi di bahagian pertahanan. Mereka mempunyai kombinasi yang tersusun dan berbahaya dalam melakukan serangan balas.

“Mereka meraih keputusan seri 1-1 menentang Singapura dan turut menunjukkan permainan yang baik ketika berdepan Hong Kong.

“Sekali lagi, kami perlu menggilirkan pemain dan membuat pilihan terbaik dengan teliti berdasarkan prestasi serta keadaan fizikal. Objektif kami jelas untuk meraih tiga mata lagi,” kata Ribera.

Selepas aksi menentang Macau, skuad negara B-16 akan menentang Singapura, Jumaat ini sebelum mengharungi aksi terakhir kumpulan berdepan Vietnam (Ahad ini) yang dijangka menjadi perlawanan penentuan untuk merebut tempat ke pusingan akhir.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN