Pearly-Thinaah lakar sejarah di Jepun

Pearly-Thinaah lakar sejarah di Jepun

Pearly Tan-M.Thinaah muncul juara Kejohanan Badminton Jepun Masters 2025 di Kumamoto, Jepun, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pencapaian cemerlang beregu wanita No. 1 negara, Pearly Tan-M. Thinaah di Kumamoto, Jepun, semalam, selepas merangkul gelaran ketiga musim ini, wajar diberi pujian dan dijadikan sebagai contoh.

Terus mempamerkan aksi konsisten dengan merekod tujuh penampilan di pentas akhir dalam Jelajah Dunia, merupakan pencapaian terbaik wakil Malaysia dalam sektor beregu wanita di pentas antarabangsa.

Gandingan No. 2 dunia itu menundukkan pasangan tuan rumah, Rin Iwanaga-Kie Nakanishi 22-20, 21-19 dalam masa 54 minit pada perlawanan akhir Kejohanan Badminton Jepun Masters.

Selepas muncul naib juara pada Kejohanan Dunia di Paris, Ogos lalu, Pearly-Thinaah tidak lagi menoleh ke belakang dengan menjadi salah satu beregu yang kini digeruni lawan.

Sebenarnya pencapaian yang dilakar Pearly-Thinaah itu jarang sekali berlaku selepas berlalunya zaman kegemilangan bekas beregu No. 1 dunia, Chin Ee Hui-Wong Pei Tty.

Begitupun, kecemerlangan yang dicipta Pearly-Thinaah bukanlah hadir dalam sekelip mata, memandangkan mereka yang kali pertama dipasangkan pada 2019 berdepan prestasi tidak menentu sebelum penyertaan semula ketua jurulatih beregu wanita kebangsaan, Rosman Razak ke pangkuan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Sejak Rosman menyertai BAM awal tahun ini, Pearly-Thinaah mengalami perubahan prestasi yang cukup ketara bermula dengan kejayaan menjuarai Terbuka Thailand, selepas itu merangkul gelaran di Terbuka Arctic dan kini pada Jepun Masters.

Diharap, Malaysia tidak berhenti melahirkan beregu wanita berkualiti seperti Pearly-Thinaah, dengan menyediakan pelapis yang mampu menandingi kehebatan mereka berdua.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN