Pearly-Thinaah juara Jepun Masters

Pearly-Thinaah juara Jepun Masters

M. Thinaah (kanan) bakal mengetuai skuad Piala Uber di Denmark, Mei ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beregu wanita No. 2 dunia, Pearly Tan-M. Thinaah merangkul gelaran ketiga, musim ini, selepas menjuarai Kejohanan Badminton Jepun Masters 2025 di Kumamoto, Jepun, hari ini.

Diletakkan sebagai pilihan pertama, Pearly-Thinaah sekali lagi menewaskan beregu tuan rumah, Rin Iwanaga-Kie Nakanishi 22-20, 21-19 dalam masa 54 minit.

Kemenangan tersebut juga membuka peluang kepada Pearly-Thinaah melebarkan rekod pertemuan kepada 7-2 ke atas gandingan No. 7 dunia itu.

Selaku juara, Pearly-Thinaah membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak AS$37,525 (RM155,071) beserta pingat emas.

Sebelum menjuarai Jepun Masters, beregu No. 1 Malaysia itu telahpun menjulang dua gelaran pada Terbuka Thailand dan Terbuka Arctic. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN