JAKARTA: Majlis Permusyawaratan Rakyat (MPR) Indonesia menetapkan sidang pleno bagi memilih Naib Presiden baharu menggantikan Gibran Rakabuming Raka akan berlangsung pada 2 Disember ini.
Pengerusi MPR, Ahmad Muzani berkata, sidang pleno itu akan diadakan di Bangunan DPR/MPR, Kompleks Parlimen Senayan, Jakarta dengan agenda pemilihan, pelantikan dan pengesahan calon naib presiden yang baharu dibuat pada tarikh tersebut.
Selain menetapkan tarikh sidang pleno, mesyuarat gabungan MPR turut memutuskan untuk menghantar surat kepada Presiden, Prabowo Subianto bagi meminta beliau mengemukakan dua nama calon Naib Presiden bagi menggantikan Gibran.
Muzani berkata, surat berkenaan akan dihantar pada Jumaat bagi membolehkan dua nama calon itu dikemukakan untuk menjalani proses pengesahan oleh pasukan verifikasi MPR.
Gibran menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada pimpinan MPR pada Khamis.
MPR mempunyai tempoh maksimum 60 hari untuk memilih pengganti Gibran. Dalam tempoh 14 hari selepas peletakan jawatan itu, Prabowo perlu mengemukakan dua nama calon selepas menerima surat permohonan rasmi daripada MPR.-AGENSI











