Karate hantar lebih ramai atlet pelapis

Karate hantar lebih ramai atlet pelapis

TIMBALAN Ketua Kontinjen Malaysia, Nazmizan Mohamad meninjau sesi latihan pasukan Karate Malaysia di Auditorium Majlis Sukan Negara. Gambar ISKANDAR ISHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad karate negara bersedia menyahut cabaran pada Sukan SEA Thailand, biarpun menyenaraikan 50 peratus atlet muda pada temasya dwitahunan itu.

Ketua jurulatih karate negara, R Sharmendran berkata, keputusan itu diambil sejajar dengan prestasi semasa yang dipamerkan atlet dalam beberapa kejohanan sebelum ini.

Jelasnya, percaturan itu selari dengan matlamat bagi memburu lebih banyak pingat emas pada Sukan SEA 2027, ketika Malaysia menjadi tuan rumah kepada temasya itu.

“Kita kini berada di fasa terakhir. Agak ketara dengan barisan jurulatih muda. Jika anda sedar sebelum ini kita ada jurulatih dari luar negara pada beberapa edisi Sukan SEA.

“Dengan barisan aatlet muda, 50 peratus adalah pelapis dan juga pertama kali beraksi. Fokus kita bukan pada Sukan SEA kali ini tapi kita nak buat lebih baik pada 2027,” katanya.

Sharmendran yang pernah memenangi pingat emas pada temasya itu turut berkata, dia tidak terkejut jika ada atlet pelapis mampu mencipta kejutan di Thailand nanti.

“Saya tidak akan terkejut kalau atlet pelapis menang dan saya tak kan terkejut kalau beberapa atlet podium tidak boleh beraksi dengan baik.

“Persiapan kita akan bagi segala-galanya. Namun, pada akhirnya ia bergantung kepada individu pada hari pertandingan, siapa yang boleh beraksi dengan baik, siapa yang boleh uruskan tekanan dengan baik,” katanya.

Sebagai rekod, Malaysia membawa pulang empat pingat emas dan enam perak pada Sukan Sea Kemboja 2023.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN