City, Liverpool sedia kejar Arsenal

City, Liverpool sedia kejar Arsenal

ERLING Haaland menjadi sandaran City untuk merobek gawang Liverpool.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pertembungan sengit Manchester City dan Liverpool di Stadium Etihad pada awal pagi Isnin dijangka menjadi penentu hala tuju awal perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Bagaimanapun, pertemuan dua gergasi itu kali ini mungkin hanya sekadar pertarungan dua pencabar yang sedang berusaha mengejar pendahulu liga, Arsenal.

Menjelang perlawanan besar hujung minggu ini, The Gunners berpeluang melebarkan jurang sehingga 10 mata ke atas Liverpool dan sembilan mata di depan skuad bimbingan Pep Guardiola sekiranya menewaskan Sunderland pada Sabtu.

Kelebihan itu pasti menambah tekanan buat City dan Liverpool yang kini masing-masing menghuni tangga kedua dan ketiga liga menjelang rehat antarabangsa.

Skuad Arsenal di bawah kendalian Mikel Arteta dilihat semakin mantap dengan hanya melepaskan tiga gol dalam 10 aksi liga, termasuk mengekalkan rekod tanpa bolos dalam empat perlawanan terakhir.

Guardiola dan pengurus Liverpool, Arne Slot, pastinya sedar kekalahan pada pada Isnin ini akan menyukarkan misi mereka untuk terus bersaing dengan Arsenal.

“Sudah tentu kami terkejut dengan keputusan musim ini, tetapi bola sepak ada pasang surutnya. Arsenal paling konsisten ketika ini, namun musim masih panjang.

“Saya teruja dan tidak sabar menanti aksi menentang Liverpool,” kata Guardiola.

City kini berada dalam prestasi meyakinkan selepas membelasah Borussia Dortmund 4-1 dalam aksi Liga Juara-Juara dengan Erling Haaland menjaringkan gol ke-18 musim

ini, manakala Phil Foden meledak dua gol.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN