Insiden di Mandalika buatkan Ducati lebih fokus

Insiden di Mandalika buatkan Ducati lebih fokus

Pelumba Ducati, Marc Marquez (kanan) telah dinobatkan juara dunia MotoGP tahun ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Pengurus Besar Ducati, Gigi Dall’Igna mengakui kesukaran yang dialami pasukan itu di Grand Prix (GP) Indonesia minggu lalu mengingatkan mereka tiada apa yang mudah di sebalik penguasaan MotoGP 2025.

Seminggu selepas menamatkan musim dengan kejuaraan pelumba 2025 bersama Marc Marquez di Jepun, pasukan kilang Ducati itu melalui hujung minggu yang buruk di Mandalika.

Marquez terlibat dalam kemalangan pada pusingan pertama perlumbaan utama selepas dilanggar pelumba Aprilia, Marco Bezzecchi, yang menyebabkan patah tulang selangka.

Francesco Bagnaia yang menjuarai GP Jepun menamatkan perlumbaan pecut di tempat terakhir ketinggalan hamper 30 saat di belakang pemenang malah terjatuh dalam saingan utama yang sehingga kini menjadi misteri.

Dall’Igna berkata ketenangan dan kesabaran perlu diberikan dalam menganalisis apa yang berlaku, terutamanya berkenaan dengan Bagnaia.

Namun dia juga percaya bahawa hujung minggu yang sukar seperti di Mandalika adalah baik untuk memastikan Ducati kekal fokus.

“Ia adalah hujung minggu yang sangat rumit dan sukar untuk diterima. Kami perlu menilai semua data teknikal dengan ketenangan dan kesabaran yang diperlukan, lebih-lebih lagi untuk Bagnaia, tentang siapa yang sudah banyak diperkatakan.

“Kami akan terus mara dengan keyakinan dan kepercayaan yang sama seperti biasa.

“Sekali-sekala, kami juga perlukan situasi seperti ini untuk mengingatkan kami bahawa tiada apa yang mudah dan semuanya adalah hasil komitmen berterusan, setiap masa,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN